Thursday 5 August 2010

Kisah pengajaran

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah



Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu

disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu

agak laju dengan sebuah kereta Waja yang berprestasi

tinggi yang baru sahaja dibelinya.



Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan

seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi

jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat

sesuatu yang difikirkannya.



Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi

kawasan tersebut; anak kecil tidak kelihatan tetapi

seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah

kanan kereta Waja tersebut. Apalagi Executive muda tersebut

menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana

Anak kecil tadi berdiri.



Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus

meluru ke arah Anak kecil, menarik tangan anak kecil

dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan

dan terus memarahi Anak kecil tadi. Kita selalu kasar... siapa kita ?



"Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak

berada disini ? Itu kereta baru, mahal dan susah nak

baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ?

jerit Executive tersebut..



Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf ;

"Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut

saya buat, ia merayu. Saya melontar batu kerana tak

ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil".



Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut

yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh

dari kerusi roda dari tebing di sebelah dan tak ada

orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak

Pakcik menolong saya, ia cedera dan ia terlalu berat

untuk saya.



Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan

anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan

meletakkannya kembali ke kerusi roda. Terima kasih, pakcik.

Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.



Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive

muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut

menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju

ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan

kesejahteraan hidupnya.



Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah

kereta, WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja

tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita tidak

perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan

seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan

perhatian .



Pengajaran



Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah,

bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi

ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa

kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya.

Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.

No comments:

Post a Comment