Thursday 5 August 2010

APA KATA ANDA?????

ORANG KATA....


enjoy sementara muda,

hidup panjang lagi,

dah tua nanti tobatlah.



ATUK KATA...

orang muda hidup memang baru bermula,

tapi belum tentu masih panjang lagi,

entah esok lusa Izrail datang menjemput.



AKU RASA.....

betul jugak tu..



ORANG KATA...

exam tu susah, kena banyak sacrifice,

constant study.. past year papers..etc..etc..etc..



ATUK KATA...

exam tu senang aje, dah ada tarikh untuk diuji,

dah ada syllabus untuk di ikut, kalau ajal.. entah bila sesiapapun tak tahu,

banyak pula tu peringkat ujiannya,

Munkar, Nankir, Neraca Mizan, tayangan slide..



AKU RASA...

betul jugak tu..



ORANG KATA...

have fun on your birthday, panggil kekawan and sedara mara,

berpartylah sepanjang malam, make it memorable one!!



ATUK KATA...

setiap hari jadi, kita semakin

hampir, hampir setahun dengan kematian,

setahun lagi diberi untuk beramal, bertaubat..



AKU RASA...

betul jugak tu..



ORANG KATA...

kerja mesti sungguh-sungguh, beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat,

baru hati puas



ATUK KATA...

ye ke hati dah puas??

dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas?

dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim?

dah cukup zikir untuk santapan rohani?

dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus?



AKU RASA...

betul jugak tu..



ORANG KATA...

successful people have a good time management,

ada bisnes di KL, New York , Tokyo ....

masih sempat berkempen untuk pilihanraya,

masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke,

masih sempat pasang perempuan 2-3, baru orang boleh respect!



ATUK KATA...

setiap manusia dapat 24 jam dlm sehari, tapi..

ada masa ke untuk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam?

ada masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung,

sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun?



AKU RASA...

err.. betul jugak tu...



So......



Tak perlu mencari teman secantik BALQIS ,

Jika diri tidak sehebat dan seindah SULAIMAN,



Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,

Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,



Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,

Jika tak sekuat MASYITAH,



Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,

Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W.



Betul jugak tu…

ANAK OH ANAK..RENUNGKAN LAH!!!!!!

Orang kata aku lahir dari perut mak..(bukan org kata...memang betul)


Bila dahaga, yang susukan aku....mak

Bila lapar, yang suapkan aku.....mak

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak

Bila bangun tidur, aku cari....mak

Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak

Bila nak bermanja, aku dekati....mak

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.....mak

Bila nakal, yang memarahi aku....mak

Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak

Bila takut, yang tenangkan aku....mak

Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak

Aku selalu teringatkan ....mak

Bila sedih, aku mesti talipon....mak

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak

Bila bengang.. aku suka luah pada..mak

Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "

Bila sakit, orang paling risau adalah....mak

Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak

Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak

Bila ada masalah, yang paling risau.... mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak

kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak

Yang selalu berleter kat aku...mak

Yang selalu puji aku....mak

Yang selalu nasihat aku....mak

Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak



Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari.....pasanganku

Bila sedih, aku cari....mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku

Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku

Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku

Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku

Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan ?Selamat Hari Ibu?

Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku

Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku

Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?

mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..........

MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....

berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......

berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya........

berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

LAWAK PAK PANDIR

CITE 1


Pada suatu hari Pak Pandir membeli beberapa ekor ikan keli di pasar borong di pekan. Apabila pulang ke rumah dia menyuruh Mak Andih menyiang ikan tersebut. Ketika sedang menyiang... ..

Mak Andih: Oi bapaknya! Macam mana nak siang ikan ni? Hidup lagi ni

pak Pandir: Apa yang susahnya tu Mak Andih?

Mak Andih: Nak Ketuk Kepala ikan sadis pulak

Pak Pandir: Tu pun nak dikecohkan. Maknya rendah saja ikan tu dalam air. Kasi lemas ikan tu. Kejap lagi mampos la tu.

Mak Andih:???????



CITE 2

1 hari kecoh Pak Pandir panggil wartawan datang kerumah dia.Bila wartawan2 sampai mereka pun bertanya ada apa yang menarik ni pandir. Pak Pandir pun kata..tenguk ni..aku tanam pokok rambutan tapi tumbuh pokok ubi kayu..hehehe.Waaa pelik ni Pak Pandir..cuba cerita kat kami... 5 bulan dulu aku ada tanam pokok rambutan kat sini..aku ingat lagi sebab aku ada tandakanya kat sini... dengan apa Pak Pandir tandakan?tanya wartawan... .dengan batang ubi kayu, jawab Pak Pandir



CITE 3

alkisahnya..hebohlah satu kampung..Pak Pandir mendapat tiket kapal terbang untuk menjadi tetamu Halim Othman dlm pagi di era.. ,walaupun hanya kelas ekonomi..tapi bagi pak pandir..itu sudah cukup mengembirakanya..dipendekkan cerita..hari dijanji telah tiba..pak pandir pun sudah menunggu seawal subuh di lapangan terbang..kapal terbang sampai..pak pandir pun naiklah..masuk jer kapal terbang.. pak pandir terus ambik tempat.sebelum kapal terbang berlepas..pramugari pun memeriksa penumpang supaya semua duduk ditempat masing masing dan bersedia untuk berlepas..sekali pramugari nampak pak pandir duduk kat kerusi bisnes klass.. setahu dia.. tak ada penumpang bisnes klass hari tu..dengan budi bahasa pramugari tu tegur."Pak cik, pakcik tak boleh duduk kat sini.. boleh pak cik pindah duduk dibelakang..""eh.. bagus sungguh orang kapal terbang nii (pramugari).. takpalah nak.. pak cik selesa dah kat sini.."*mana tak selesanya.. bisnes klass.. mati akal pramugari tu.. semua pramugari dan pramugara  datang silih ganti..sakit kepala..pilot yang menunggu lama nak berlepas..HAIRAN kenapa masih belum ada isyarat kata ok dari ketua pramugari..dia pun keluar tengok..pramugari sorang tu cerita..pilot tu pun pi lah kat pak pandir.."pak cik.. boleh tengok tiket?"pak pandir kasi tiket.."oo.. pak cik nak pi KL yer pak cik?""yer nak... ""taapi pak cik.. kerusi nii pi johor bahru pakcik.., kerusi belakang baru pi KL!""yerker nak.. nasib baiklah nak bagitau.."

MENGENAI WANITA & KUBUR

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, 'Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia'.



2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah men! catatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.



3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.



4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.



5.. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.



6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.



7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang s! entiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.



8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.



9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah&n! bsp; memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada

suaminya (10,000 tahun).



10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.



11. Wanita yang solehah! (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.



12. Aisyah berkata, 'Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, 'Suaminya. 'Siapa pula berhak terhadap lelaki?' Jawab Rasulullah, 'Ibunya'.



13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.



14. Wanita yang taat akan suami! nya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya..



15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.



16.. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w ) di dalam syurga.



18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.



19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu ! daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. 'Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.



SATU PERINGATAN!!

KUBUR SETIAP HARI MENYERU MANUSIA SEBANYAK

LIMA KALI;

1. Aku rumah yang terpencil,

Maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.



2. Aku rumah yang gelap,

Maka teranglah aku dengan selalu solat malam.



3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,

Maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.



4. Aku rumah ular berbisa,

Maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.



5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,

Maka banyaklah bacaan 'Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah', supaya kamu dapat jawapan kepadanya.



Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya;



1. Dunia itu racun,

Zuhud itu ubatnya.



2. Harta itu racun,

Zakat itu ubatnya.



3. Perkataan yang sia-sia itu racun,

Zikir itu ubatnya.



4. Seluruh umur itu racun,

Taat itu ubatnya.



5. Seluruh tahun itu racun,

Ramadhan itu ubatnya.

Kisah pengajaran

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah



Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu

disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu

agak laju dengan sebuah kereta Waja yang berprestasi

tinggi yang baru sahaja dibelinya.



Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan

seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi

jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat

sesuatu yang difikirkannya.



Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi

kawasan tersebut; anak kecil tidak kelihatan tetapi

seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah

kanan kereta Waja tersebut. Apalagi Executive muda tersebut

menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana

Anak kecil tadi berdiri.



Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus

meluru ke arah Anak kecil, menarik tangan anak kecil

dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan

dan terus memarahi Anak kecil tadi. Kita selalu kasar... siapa kita ?



"Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak

berada disini ? Itu kereta baru, mahal dan susah nak

baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ?

jerit Executive tersebut..



Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf ;

"Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut

saya buat, ia merayu. Saya melontar batu kerana tak

ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil".



Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut

yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh

dari kerusi roda dari tebing di sebelah dan tak ada

orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak

Pakcik menolong saya, ia cedera dan ia terlalu berat

untuk saya.



Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan

anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan

meletakkannya kembali ke kerusi roda. Terima kasih, pakcik.

Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.



Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive

muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut

menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju

ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan

kesejahteraan hidupnya.



Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah

kereta, WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja

tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita tidak

perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan

seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan

perhatian .



Pengajaran



Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah,

bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi

ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa

kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya.

Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.

Monday 2 August 2010

Tauladan

Lawak tengahari




''Alkisah... .. Seorang lelaki islam ponteng sembahyang Jumaat. Sebaliknya dia masuk hutan untuk memburu ayam hutan. Sedang dia terhendap2 di dalam semak, tiba2 dia berlanggar dengan seekor HARIMAU yang sedang lena tidur.



Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan KRAKKKK! Kedua2 kakinya patah. Jangan risau .. ini bukanlah berita buruk ok. Ada lagi .. Berita buruknya adalah HARIMAU tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh bergerak lagi.



'Ya Allah,' doa lelaki tersebut,'Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang jumaat berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini ..



Ampunilah aku ya Allah ..makbulkan hajat ku ini .. jadikanlah HARIMAU yang memburuku HARIMAU yang beriman .. tolong ya Allah! Aminnn..'



Tiba2 guruh berdentum! HARIMAU tadi tiba2 terhenti betul2 di hadapan lelaki tadi.



Harimau itu bertukar menjadi seekor harimau yang beriman dan bersopan santun.



Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit .. HARIMAU tersebut pun berdoa...



'Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azzabbannar. Aminnnnn........ .... '



_._,___